Monday, December 24, 2012

Andai masa bisa ku undur

Hai sume, amacam, best x cite tangisan langit berbintang tu? kalo x best, sory la sesangat ye sebab saya ni bukannya berpengalaman sangat. Hari ni saya ade cite baru. Kalo ade mase, jemput-jemput la bace ye...

Andai Masa Bisa Ku Undur

Sinopsis
Aira Qistina mengalami peristiwa tragis yang melibatkan pembunuhan keluarganya lantas membuatkan dirinya hilang ingatan. Aira terpaksa tinggal di hospital kerana tiada siapa yang hendak membawanya pulang. Pada suatu hari, seorang lelaki misteri yang bernama Iman Qayyum datang menjenguknya. Aira mula merasakan kekosongan yang dialaminya seperti sudah diisi dengan kasih sayang yang diberi oleh Iman. Aira tidak pernah berasa sangsi dengan kehadiran Iman namun ada perkara yang tidak diketahui oleh Aira mengenai Iman. Iman merupakan pembunuh keluarganya dan menyebabkan dia hilang ingatan. Pada masa yang sama Aira telah jatuh cinta kepada Iman. "Aira, setiap detik yang ada dalam hidup ini, saya hanya ada satu perkara yang saya impikan. Saya harap saya dapat mengembalikan masa yang lalu." kata-kata Iman ini yang sering bermain di minda Aira. Setelah melafazkan akad nikah, kini Aira sudah sah menjadi isteri Iman. Namun kebahagiaan mereka tidak lama apabila mereka sering diganggu oleh surat-surat misteri yang berbaur ugutan.  
Aira pula sering mengalami pening kepala yang memberi gambaran tentang masa lampaunya. Adakah perkahwinan Aira dan Iman bertahan lama dengan kehadiran memori lama Aira? Apakah tujuan Iman mengahwini Aira? dan siapa yang mengutus surat-surat misteri tersebut?

Buat sementara ini, sampai sini jela ye.... segala persoalan yang berada di atas akan terungkai sedikit demi sedikit.... kalo ade mase nanti saya beritahu ye...Adios!!

hai, saya masih baru di sini.... hari ini saya ingin menulis sebuah cerita, original dari saya sendiri....
harap sume yang membaca dapat memberi komen.... selamat membaca....

Tangisan Langit Berbintang

Sinopsis
Bab 1
Haziq dan Hanis merupakan sepasang kembar yang sentiasa bersama tanpa bimbingan ibu bapa mereka kerana mereka dibuang ketika masih berumur 10 tahun. Haziq sebagai abang merasakan yang dia bertanggungjawab kepada adiknya, Hanis mengambil keputusan untuk berusaha memastikan yang mereka berdua dapat meneruskan hidup. 4 tahun kemudian, ketika dalam perjalanan pulang dari kerja sambilannya, Haziq terdengar tangisan bayi berhampiran tong sampah yang sedang terbakar. Rasa tidak senang hati membuatkan Haziq cuba untuk mencari dari manakah sumber bunyi bayi itu. Alangkah terkejutnya dia apabila dia terlihat ada bayi didalam tong sampah yang sedang terbakar itu. Tanpa berfikir panjang, Haziq menyeluk tangannya ke dalam tong sampah itu tanpa mengendahkan api yang sedang marak bagi mencapai bayi itu. Haziq mengerang kesakitan apabila api dengan segera menjilat tangan dia namun dia tidak menarik tangannya. Setelah dikeluarkan, bayi tersebut ternyata masih bernafas walaupun ianya lemah. Haziq mula berasa resah apabila tangisan bayi itu semakin menghilang. "Apa yang harus aku lakukan sekarang?" fikir Haziq dengan perasaan yang serba salah.

Bab 2
Haziq semakin buntu tentang apa yang perlu dia lakukan. Air matanya mula menitis apabila mengenang betapa kejamnya ibu bapa bayi itu untuk membuangnya tanpa bayi itu berpeluang merasa kasih sayang ibu bapa. Walaupun dia juga dibuang oleh ibu bapanya namun apa salah bayi itu sehingga pelu dibakar hidup-hidup. Kesakitan tangannya yang kini berlumuran darah tidak dapat menangani kesakitan hatinya apabila dia mengenang kembali kesengsaraan yang dialaminya ketika mula-mula dibuang. Hanis, adik kembarnya, secara tiba-tiba muncul dibelakang Haziq apabila Haziq tidak datang bagi menjemputnya pulang. Haziq segera memberitahu apa yang berlaku dan Hanis segera mencadangkan agar bayi itudi bawa berjumpa majikannya.

Plot

Bayi di jadikan adik angkat-disahkan bisu-dibuang dari tempat tinggal-kembar itu menhidapi penyakit dan meninggal kerana haikal tidak boleh meminta tolong-haikal menyalahkan dirinya-dijadikan anak angkat oleh saudagar terkenal-ketika meratapi kembar itu, berlaku hujan meteor-haikal diberi rawatan dan boleh bercakap-kelebihan melukisnya diiktiraf ramai-gambar yang sering dilukisnya ialah sepasang kembar dan gambar hujan meteor yang menggambarkan perasaannya.

Buat sementara ini sampai sini saja sebab cerita ini sepanjang sebuah novel tetapi bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya, jangan sesegan komen ye......


Thursday, December 20, 2012

Saturday, August 27, 2011